20 Aug 2011

OMG

hello uolls.

it's been awhile kan ? lama sangat rasanya tak bermadah riang dalam blog tersayang ni. so bagi post kali ini, ada khabar gembira untuk kalian. samada kalian nak tahu atau tak mahu. aku tak kisah. sebab blog tersayang ni tempat aku berkongsi suka dan duka dengan followers, stalkers, haters dan lain-lain.

khabar berita yang aku nak bagitahu kalian, aku dapat offer sambung belajar di UiTM Shah Alam. Bachelor of Corporate Admin. Alhamdulillah. lepas juga hajat nak further study. nak ikutkan hati. aku memang dah tak sanggup nak kerja dekat tempat kerja sedia ada ni. bertahan pun sebab sang arjuna kekasih hati. penerang hati aku kalau stress dalam office tu.

so untuk kalian semua, cuba doakan yang terbaik untuk aku ye.

till then,

2 Aug 2011

salam ramadhan

hi kawan-kawan

rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan. sebagai manusia yang tak sempurna, seelok-eloknya kita luangkan lah masa untuk beribadah sebaiknya. sebab bulan-bulan biasa belum tentu kita beribadah kan ? so, elak-elak kan lah benda yang Allah s.w.t murka.

till then,
amoy

9 Jun 2011

girlfriends

you are my everything
love you girls.

7 Jun 2011

semua tentang sahabat

untuk sekian kalinya, aku menulis ini khas untuk sahabat-sahabat aku.

kalau yang pernah menjadi sahabat aku? apa benda pertama yang akan korang luahkan untuk describe aku?

annoying? bongkak? sombong? angkuh? berlagak? peramah? friendly? kelakar? which one?

yang pasti, salah satu pilihan jawapan mesti ada kan? tak aku nafikan yang aku ni kekadang annoying. aku tak perfect. tapi untuk sahabat yang mengenali luar dan dalam aku. mereka pasti tahu setiap alasan sebab dan musabab kalau aku marahkan seseorang. aku bukan kaki yang suka-hati-aku-lah-nak-marah siapa. bukan niat aku untuk benci sesiapa. tapi hati aku kecewa luka parah bila sahabat sendiri layan aku dengan pelbagai ragam. mana silap aku? mana yang tak kena dengan diri aku sampai sahabat sendiri membelakangkan aku? menipu aku? sorok something yang boleh dikatakan berita gembira dari aku? you said Dayana Alia is your BFF-bestfriend-forever. tapi kau? mungkin kau tak letakkan aku dalam list-list kawan penting kau. aku tak kisah tak kecil hati pun. tapi janganlah mula kecil or terasa hati kalau kalian semua kena serupa macam apa yang aku lalui. karma is everywhere. kalau kita ikhlas berkawan, kita tak akan pernah rasa kurang kawan atau tersisih. bila ikhlas, ramai yang akan suka berkawan dengan kita. it's fact. jangan berkawan untuk kepentingan sendiri. jangan cari kawan bila bosan melanda diri. itu bukan ikhlas namanya.

sesungguhnya, Allah swt itu Maha Adil dan Maha Memahami.
May Allah bless you, friends.

we are still friends. it's immortal.

till then.

kungfu panda 2


menangis sebab dah seminggu keluar cinema tapi aku still tak dapat tengok. asyik full memanjang. kata lah ramai yang minat cartoon lately ni? sekarang ni tengah dalam misi mencari teddy Kungfu Panda besar sebagai collection. kalau sesiapa yang ada info please please please beritahu aku ok?

*tidur pun mimpi si comel ni*
#patdd

6 Jun 2011

Karak

hey ho,

Sabtu lepas kami semua tengok movie. nak tahu movie apa? Karak. okbai!

some people said cerita tu bosan. merepek. ada yang kata not bad.
so, am gonna say Karak movie tu best. movie yang ada mesej tersendiri untuk disampaikan. mesej penting untuk remaja dan manusia macam aku ni. bukan cerita hantu semata-mata. Karak buat kau lebih berfikir dan bukan hanya nak tengok movie semata-mata nak tunggu hantu-seram-gila-bapak-lah .

untuk kaki wayang, you should watch Karak but for who yang just tengok movie for fun, better jangan tengok. nanti uolls marahkan aku. :)

oh ya, jangan mimpi lah nak tengok Karak Highway. sbb tak ada highway pun dalam movie tu.

till then.

2 Jun 2011

new me new blogspot


hey followers and stalkers.

new layout and a lots of love story will be updated !

to haters, you may leave if you hate this.

*i really need to practice my english back*

14 Apr 2011

speechless

hai followers and stalkers.

semacam dah bertahun tak singgah dan update entry dalam blog aku ni. kesibukan kerja, kesibukan berjimba buat aku langsung tak ada masa nak buat entry baru. lagi pun, aku tak ada cerita panas dan menarik untuk dikongsikan dengan kalian. typing pun dah agak berterabur dah sekarang ni. dah tak sepantas dulu. *senyum*

dah kata if tak ada cerita panas atau menarik, aku tak akan buat entry baru kan? so, hari ini aku ada cerita menarik nak kongsi dengan korang. tak tahu lah bagi korang menarik ke tak but for me it's quite interesting.

gini ceghita dia,
semalam aku dengan rakan pejabat merangkap nama sebenar Firdhaus. keluar minum petang dekat Athirah Tom Yam. punya lah aku keletah macam biasa, tiba-tiba sampai je Athirah Tom Yam parking kereta dan turun dengan senyum tawa bagai tiba-tiba aku terkedu. sebelum terkedu, ada sebiji motor RXZ baru tak silap aku parking depan kedai Ariani . lenggok badan jejaka tu menghala ke Kak Mala and Kak Diana. bukak helmet je kome nak tahu siapa ? my Ex-Boifie. sumpah terkedu habis sampai aku jadi kelam-kabut tersadung dekat depan kedai Athirah. nasib tak terjatuhkan? tanya lah si Daus. aku speechless habis. lama kot tak jumpa dia. dekat 3 tahun rasanya. tiba-tiba nampak dia dekat PD dengan badan kurus dan senyum still sama macam dulu. few minutes after that, Daus cakap ada orang panggil aku. aku paling belakang, Ex aku tengah tersenyum.

aku tarik nafas panjang2 dan pesan kat Daus, kalau aku tak balik dalam masa 30min call polis ok? (joke) . masa singkat tapi apa yg kami bualkan semalam cukup padat. tak dapat lah bagitahu kat sini sebab aku tak ada idea nak tulis macam mana. ini pun ayat dah tunggang-langgang mcm budak tadika buat essay.

for Mr Ex,
saya dah lama pun lupakan apa yg jadi antara kita.
dah pun maafkan segala apa yg awk buat dekat saya.
saya anggap itu semua pengajaran dari-Nya.
setiap manusia dlm dunia ni tak pernah terlepas dari kesilapan.
maafkan saya kalau dulu saya ada buat silap dan buat awak marah.
semoga awak temui apa yang awak ingin gapai.

till then.

salam

18 Mar 2011

kecewa

seronok menipu ye?
sanggup hilang kawan sebab menipu?
oh ye. aku lupa sebab kau dah ada ramai kawan. kan? kan?
kawan yang kau kutuk. yang kau buat kami benci suatu masa dulu.
sekarang ni kau balik kawan dengan mereka sekalian?
ohhh. shame on you babe.

sebenarnya,
kami tak kisah pun tak berkawan dengan awak.
kami tak perlu pun kawan macam awak.
kaki gebang. kaki belit. kaki selit. kaki batu api. dan lain-lain.
bak kata orang tua, orang menipu tak kemana.
pusing-pusing nampak dia juga dengan muka terkial-kial sebab menipu.

kenapa perlu menipu eh? sebelum ni pernah ke kami kisah macam mana kehidupan awak? kami bukan jenis pilih bulu lah nak berkawan. lagi satu, kenapa perlu awak buruk-buruk kan semua orang and buat kami tak suka diorang ? bila kami mula nak berkawan even berborak pun dengan mereka, mula lah awak dengan gaya sarcastic awak. kawan comolot lah apa lah. tuptup awak pula berkawan dengan mereka. MOTIF ? awak ni LAME lahh. terus-terang saja yang awak sebenarnya tak tahu apa makna sebenar KAWAN kan? nak kami terangkan ke ? sampai sekarang kami tak pasti apa motif sebenar awak nak sorokkan benda simple dari kami. gaya awak tak nak kalah macam BFF. tapi itu semua fake. rindu lah. apa lah. ini lah. itu lah. ini ye gaya BFF? tak payah jaga hati kami dengan kata-kata manis awak tu. kami kurang senang. sebab terlampau plastik.

persahabatan tak akan terputus, tapi kita tak akan jadi macam dulu. gelak-gelak lepak-lepak. euwwww. jauh sekali. kami serik. seriously. semoga awak capai apa yang awak nak. jangan permainkan perasaan orang cause Karma is everywhere. Allah Maha Berkuasa.

kami doakan awak dari jauh.

maaf kalau entry kali ini ada buat sesiapa tersinggung. ini cuma tulisan dari hati yang sedih kecewa dengan seorang sahabat kami.

10 Mar 2011

haha

nak tau apa yang aku nak cakap ?
sikit je tak banyak pun.

kau tak akan dapat jadi macam kami.
dressing kau kelakar kot.
branded sangat pun tak cantik gak kalau tak pandai gaya.
serupa apa dah aku tengok. haha.
lagi satu, kalau tak hairan dengan kami.
jangan dekat lah weyh.

kesian kau. jaga diri elok-elok tau.
takut orang gelakkan kau.

sorry sebab entry kali ni menyakitkan hati.
geli dohh hati aku.

kbai