30 Oct 2010

kerja

sebelum ini hari-hari aku di pejabat ternyata indah. penuh dengan gelak-ketawa. meriah satu office kalau kami semua berkumpul. baca surat khabar sama-sama. paper cutting sama-sama. buat kerja semua sama-sama.

sekarang.
situation langsung tak macam dulu. situasi tarik muka dan tak bertegur sapa dah mula aku nampak. tiba-tiba aku jadi takut. takut kalau-kalau disebabkan kehadiran aku. mereka jadi macam ni. dia kata dia. dia kata itu ini. bila mulut ke mulut. cerita akan jadi tak sama. betul tak? dan situation ini lah yang aku hadapi sekarang. sebagai seorang yang sgt baru ataupun freshie aku memang tersepit. sebab aku nak baik dengan semua orang. aku perlukan tunjuk ajar. tapi disebabkan majoriti officemate aku tak suka dengan kawan aku sorang ni, secara automatiknya aku pun terlibat. aku pun mereka tak tegur dan jeling-menjeling. tipulah kalau aku katakan yang aku tak marah dan kecil hati. aku mengaku yang aku kecik hati. aku tak sebelahkan mana-mana pihak langsung. aku rapat dengan kawan aku ni sebab kerja aku memang attach dengan dia dan aku serasi bila bekerja dengan dia. aku anggap apa yang dia suruh adalah salah satu bentuk kerja bekerjasama. tapi tidak bagi yang lain. mungkin sebab cara kawan aku minta tolong. untuk pengetahuan semua, dia seorang yang berkarakter kasar. so paham-paham je lah bila seorang yang kasar meminta tolong. aku mengaku yang kawan aku sedikit bossy, tapi bagi aku itu bukan masalah besar. aku faham situation dia. bos-bos aku memang bergantung dengan dia dan dia akan dapat kerja yang banyak. aku sebagai P/O yang dah bekerja dengan bahagian pelancongan boleh faham dengan keadaan dia. tekanan kerja sangat tinggi. so dia perlukan bantuan dari kami semua. tapi? apa yang budak office katakan yang kawan aku ni bossy. ehmm~ mungkin dorang tak faham keadaan sebenar yang kawan aku hadapi.

apa yang aku harapkan. semua akan jadi seperti biasa. seperti sebelum-sebelum ni. baru seronok aku nak ke office. semua ni salah faham.

end.

2 comments:

Anonymous said...

Hello!

Nowadays getting a good job is not an easy task.
I've been looking for a new job and i found a very good [url=http://www.headhunterfinder.com]Headhunters [/url] directory.
Thanks to them i found a specialized headhunter and i got a new job.
Hope you find a nice job too!

Anonymous said...

HoareeArima

[url=http://healthplusrx.com/disclaimer]disclaimer[/url] scuccexytic