29 Dec 2009

ini mungkin yang terakhir.

kali ini mungkin silap aku lagi. mencari hal.
segalanya sudah seperti biasa.
tapi conversation malam tadi buat kami dingin semula.
diam membisu mmg jalan yang suka dia lakukan.
biarkan aku sepi tanpa satu bunyi pesanan dari henfon.

dia tak letakkan diri dia untuk cuba memahami aku.
untuk cuba selami hati aku.
dan tidak akan letakkan dirinya dalam situasi aku.
aku bukan perempuan yang mudah memberi.
yang mudah melayan.
dia silap kalau fikir aku sebegitu sifatnya.
cuba tanya rakan-rakan aku.
ada orang lain kah aku?
ada lelaki yang lebih hebat dari dia?
mungkin ada...
tapi aku sayang dia seorang.
dan perlukan dia seorang.

ada perkataan yang buat aku sangat berkecil hati.
mungkin aku tak sehebat gadis-gadis yg meminati diri dia.
mungkin juga aku selalu menyakitkan hati dia.
tp tak akan sama dengan sakit yang aku lalui selama ini.
teruskan cara awak kalau awk selesa begitu.
saya tak buleh halang apa yang awk nak buat.

aku cuma hendak dia tahu.
yang aku sayang dia.

aku seronok bercerita pasal dia.
seronok bila ada org tau yg dia sayangkan aku
dan aku tak akan pernah malu.

bye.


27 Dec 2009

helo shopin!


ke pavi dan mid hari ini. meneman puan intan baizurah shopping. haha.
dengan aku-aku terjebak. rabak duit. lebih RM300 juga lah habis. fuh !
tapi tak apa. puas hati. paris hilton purse. ok dah dapat. MNG cardigan. ok dah dapat.
baju baru ala2 rockstar from Selfridge ok dah dapat.
i should proud bebeh ! i use my own money !

hello ! saya bukan anak orang kaya. jgn mengumpat lah !

haha

26 Dec 2009

teruskanlah

Pernahkah kau bicara
Tapi tak di dengar
Tak di anggap
Sama sekali

Pernahkan kau tak salah
Tapi disalahkan
Tak di beri
Kesempatan


Kuhidup dengan siapa
Ku tak tau kau siapa
Kau kekasihku tapi
Orang lain bagiku

Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau begitu

Kau tak butuh diriku
Aku patung bagimu
Cinta bukan
Kebutuhan mu

Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau.. kau begitu

Teruskan lah… teruskan lah..

24 Dec 2009

catatan akhir praktikal


tajuk nak gempak lah ! hahaha

weh. aku rasa macam happy nak mati tahap gunung berapi lah.
bebas rasanya. lepas 6 bulan dicaci maki. dipandang rendah. menjadi bahan gossip.
akhirnya aku keluar juga dari dunia sebenar manusia yang agak keji.
macam dilahirkan semula pun ada.
even elaun tinggi pun. tp kerja tak happy. duit masuk pun jadi tak happy.

kejap.kejap.
act tak buleh happy sangat lah. report belum siap.
fuh ! dugaan lah.
mood nak pergi singapore pun dan malap disebabkan report.
erghh!

singapore?
yeah ! ah leong kahwin !

yes.yes!

23 Dec 2009

munajat cinta

rasanya post yang lepas ada liriknya kan?
so tak perlulah post lagi.
nanti orang kata aku nyanyuk. kan?

'tuhan kirimkan lah aku..kekasih yang baik hati..yg mencintai aku..apa adanya..'

semua orang nak kekasih baik hati kan?
macam aku lah jugak.
even aku ni tak baik tp still angan-angan kan dpt orang yang baik.
biar yang buleh jaga hati aku. tak sakitkan hati aku. tak ignore aku.
setakat ni..
lepas hampir 5 bulan tak ada boyfrend..
aku still macam ni..
cuma takut nak sayang orang lagi..
bila dah sayang..tak dihargai..
tipu sini..tipu sana..pukul sini..pukul sana..
janganlah start apa2 benda jahat dgn aku..
sekali dua tipu ok lah kan..
tp kalau dah terlebih..
jangan salahkan aku bila nampak aku pulak yang tipu kau..
so please lah lelaki.. appreciate girlfrend yang ikhlas sayangkan korang..

jujur aku cakap. aku dah serik dengan lelaki.

end

15 Dec 2009

tag by eja

1. Bekas kekasih saya adalah :
mohd fitry yahya


2. Saya sedang mendengar :
ressa herlambang


3. Mungkin saya patut :
bertungkus-lumus menyiapakan buku report LI


4. Saya suka :
shopping


5. Sahabat-sahabat baik saya :
totally fun !


6. Saya tak faham :
bila saia sayang orang yg tak sayang saia.


7. Saya kehilangan :
cinta


8. Ramai yang berkata :
betul ke single saia single.


9. Makna nama saya :
gagah perkasa


10. Cinta itu adalah :
buta dan kadang kala sepi


11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
baring atas sofa menonton drama singapore.


12. Saya akan cuba :
memiliki dia dan membuat orang tersenyum.


13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
always and forever.


14. Telefon bimbit saya :
dihadiahkan dari seseorang


15. Bila saya terjaga dari tidur :
fikirkan dia lepas tu tak buleh tidur.


16. Saya paling meluat apabila :
dengar anjing menyalak.


17. Pesta/Parti adalah :
hobby saya !


18. Haiwan paling comel yang pernah saya temui ialah :
erk!


19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
18-21


20. Hari ini :
tak ada mood. ada orang tak layan saya LANGSUNG !


21. Malam ini saya akan :
duduk rumah tunggu msg masuk.


22. Esok pula saya akan :
kerja.


23. Saya betul-betul inginkan :
DIA


24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
tersenyum dan kenyit mata.


25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :
beli dan belah.


26. Makanan Barat atau Jepun :
western lah !


27. Bilik yang terang atau gelap :
gelap


28. Makanan segera adalah :
erk !


29. Ayat terakhir yang anda katakan kepada seseorang :
''i dah mintak maaf. tatau nak wat pe lagi''


30. Siapa yang anda nak tag :
silakan kawan-kawan.

;)

13 Dec 2009

aku masih bernasib baik.

maaf sebab sudah lama tiada catatan dalam blog ni.

keadaan diri macam tak menentu. tu yang macam berat tangan mahu menaip. tambah lagi tiada cerita dan berita menarik yang hendak dikongsi. situasi masih sama. masalah kerja, masalah hati, masalah jiwa. semua itu perkara biasa. kalau tak. tak adalah namanya kehidupan kan.

apa yang menarik aku mahu kongsi dengan kau orang pasal berita eksiden pengantin lelaki yang dalam perjalanan pulang selepas 3 jam masjlis akad nikah. subhanallah. macam mana agaknya hati sang pengantin perempuan bila jejaka yang baru bergelar suami telah pergi menghadap illahi. dugaan hebat yang harus ditempuhi. mengambil cuti 2 minggu untuk melangsungkan perkahwinan. mereka juga tak kurang hebatnya. seorang masih lagi menuntut di Auckland dan soerang lagi baru habis belajar di UK. akan start kerja sebagai pensyarah 16 Dec nanti. nampak macam perjalanan hidup mereka diredhai Allah bukan. dikurniakan rezeki melimpah. tapi Dia Maha Berkuasa. dan itu lah dugaan yang harus ditempuhi Teh Afifah. moga kau tabah menghadapi semua ini.

ini semua membuatkan aku lebih optimis. ada yg lebih malang dari aku.

aku perlu bersyukur kerana dia masih lagi bersama aku even dia sentiasa sibuk. sekurang2 nya dia masih ada untuk aku.

i love youu.

bye

7 Dec 2009

monolog dari penulis

betul agaknya kata kak hidd.
adalah salah menyayangi orang yang tidak menyayangi kita.
itu satu penyeksaan. bukan mungkin tapi pasti.
ada sebab aku menulis ini.
sebab aku sedang mengalami.
separuh jiwa aku sayangkan insan ini.
separuh mati aku tagihkan kasih dari insan ini.
tetapi insan ini belum pasti untuk aku miliki.
sadiss bukan?
ramai yang menghulur tangan dan sudi untuk memetik diri ini.
tapi hati masih belum terbuka.
masih belum mahu menerima.
kerana hati masih lagi sayang dan perlukan insan ini.
insan yang hadir selang beberapa hari.
insan yang memanggil diri ini jarang2 sekali.
insan yang pasti sudah dimiliki.
gilakah aku?
cinta itu buta. dan cinta tak memaksa.
aku pun turut buta.
sbb menyeksa diri menahan segala perih yg 'live' depan mata.
hari-hari. bukan sebulan sekali.
atas dasar apa semua ini?

semua kerana cinta.

masih terlalu muda untuk aku bualkan.
biar hati yag berkata-kata.
aku percaya
hari depan pasti lebih baik.

-amoy-

2 Dec 2009

jangan baca.

diam-diam aku pedih lagi.
kadang happy. kadang perih.
aku yang over atau dia yang cool?
perlu ke perasaan mcm ni?
mengharap untuk sesuatu yang tak pasti.

aku salah langkah lagi ke?
tak salah untuk menyayangi seseorang.
tapi salah bila menyayangi orang yg tak menyayangi kita.
itu macam buang masa. buang tebiat pun ada.
tolonglah.
aku mahu pulang ke poli. ketemu rakan-rakan.
dan masalah aku akan aku ketepikan.

bye.