13 Dec 2009

aku masih bernasib baik.

maaf sebab sudah lama tiada catatan dalam blog ni.

keadaan diri macam tak menentu. tu yang macam berat tangan mahu menaip. tambah lagi tiada cerita dan berita menarik yang hendak dikongsi. situasi masih sama. masalah kerja, masalah hati, masalah jiwa. semua itu perkara biasa. kalau tak. tak adalah namanya kehidupan kan.

apa yang menarik aku mahu kongsi dengan kau orang pasal berita eksiden pengantin lelaki yang dalam perjalanan pulang selepas 3 jam masjlis akad nikah. subhanallah. macam mana agaknya hati sang pengantin perempuan bila jejaka yang baru bergelar suami telah pergi menghadap illahi. dugaan hebat yang harus ditempuhi. mengambil cuti 2 minggu untuk melangsungkan perkahwinan. mereka juga tak kurang hebatnya. seorang masih lagi menuntut di Auckland dan soerang lagi baru habis belajar di UK. akan start kerja sebagai pensyarah 16 Dec nanti. nampak macam perjalanan hidup mereka diredhai Allah bukan. dikurniakan rezeki melimpah. tapi Dia Maha Berkuasa. dan itu lah dugaan yang harus ditempuhi Teh Afifah. moga kau tabah menghadapi semua ini.

ini semua membuatkan aku lebih optimis. ada yg lebih malang dari aku.

aku perlu bersyukur kerana dia masih lagi bersama aku even dia sentiasa sibuk. sekurang2 nya dia masih ada untuk aku.

i love youu.

bye

1 comment:

intan.maisarah said...

sedeh kna berita itu.
sara dpt bygkan perasaan si pengantin perempuan.