8 Feb 2011

Mother

helo bloggers and followers dan juga stalker :)

hampir berhabuk blog kesayangan ni since aku sibuk dengan urusan kerja dan kawan-kawan. apatah lagi sekarang hampir setiap hari aku dengan twitter. makin terpinggirlah si scandal cute aku ni. fyi, aku dah pun dapat result Muet aku. Alhamdullilah keputusan dia tak mengecewakan. tersenyum juga lah bila buka website result tempoh hari. reason aku ambil exam Muet hari itu sebab nak further study. nak sambung Degree. and now aku berhadapan satu masalah yang aku tak rasa besar pun tapi teramatlah rumit. abang-abang aku nak aku belajar dekat Singapore. tak dinafikan belajar kat sana memang seronok. in fact aku boleh improve English skill aku. Certificate Singapore pun bukan calang-calang. tapi ada satu benda yang buat aku berat nak ke sana. Mother. mustahil lah abang-abang aku mahupun aku akan tinggalkan dia sorang-sorang dekat PD. for sure Mama pun kena ikut. tapi.... tanggungjawab aku akan bertambah besar bila aku dengan mama tinggal kat sana. semua pun tahu macam mana life Islam dekat Singapore. sudahlah tak ada saudara mara melayu. engkau orang faham tak mesej yang aku cuba nak sampaikan ni? sebab kalau nak ditaip apa ada dalam isi hati aku sekarang. sumpah tak cukup.

now, am stuck in the middle.

Malaysia or Singapore

2 comments:

Neddy Razak said...

awak na tinggalkan saya? :(

she rossi said...

babe, pokok pangkal hati. yang penting pendirian kau jangan lari. okay? always pray the best for you bud :)