14 Dec 2010

kenapa?

pagi ini bukan pagi yang indah seperti sebelum ini. (selalu pun kurang indahnya).
mengharapkan panggilan pagi dari sang kekasih. ditunggu. fikir aku sang kekasih sedang sibuk. tak sempat nak ucap Pagi pada aku. aku biarkan buat seketika. melihat jam berulang kali sampai hari hampir ke tengah hari. mencari nama sang kekasih dari Blackberry putih dan tekan butang hijau. tiba-tiba hati rasa kecil sangat sebab diberitahu yang sang kekasih bukan berada di sekitar tempat yang sepatutnya. usah ditanya apa aku rasa. aku biarkan dan tekan butang merah.

bagi aku. terpulang lah pada sang kekasih nak lakukan apa pun pada aku. layanlah aku macam mana kejam pun. aku tak berapa pandai nak marahkan sang kekasih dalam tempoh yang lama. aku percaya Allah itu adil dan memahami setiap rasa hati aku selama ini. mungkin ini dugaan, balasan, atau seksaan. hanya Allah s.w.t yang tahu. aku terima seadanya.

sayang aku pada sang kekasih tetap sama.
tapi kau mengecewakan aku.

tamat

1 comment:

nabilah said...

chill darl.. u kuat :)) nie la kehidupan..