18 Oct 2010

awak.

apa yang awak akan buat kalau awak selalu rasa sakit hati? mungkin ada yang marah. menangis. geram. kecewa. terasa hati. rasanya itu perkara wajib yang awak semua akan rasa tiap kali ada orang sakitkan hati awak.

apa yang saya lalui sejak dua menjak ini. perubahan demi perubahan yang jadi. tak tahu lah mana silap. semua jadi tak kena. ada saja benda yang mereka buat sampai saya terasa hati. bukan banyak perhatian yang saya minta. saya cuma minta sedikit perhatian. tolong cari ruang dan masa awak untuk saya. saya pun sibuk bekerja. tapi tak terlintas pun dekat diri saya untuk buat awak sakit hati. apa tah lagi untuk buat awak terasa hati. seboleh-bolehnya saya akan buat awak tersenyum dan gembira. bila awak gembira saya pun gembira. itu sudah cukup. tapi awak? yelah. mungkin awak tak perasan apa yang awak buat dekat saya. mungkin juga saya dah tak lagi penting dalam hidup awak. sebab itu awak tak perasan bila saya sakit hati atau terasa hati. awak cuma tau cakap 'kuatnya merajuk sekarang ini. geram dibuatnya!' saya bukan merajuk. tapi saya bawa rasa kecil hati saya ni jauh dari diri saya. tapi gagal. mungkin sebab saya dah nampak perubahan dan perubahan dalam hubungan ini.

sekarang. saya cuma follow the flow. saya cuma berdoa dan redha dengan apa yang jadi lepas ini. saya serius. tapi tak guna juga bila saya serius awak pula tak serius. awak takut untuk hadap hari-hari yang akan datang. awak tak yakin dengan saya. awak mudah kalah bila suatu hari nanti saya betul-betul jauh dari awak dan terus hilang dari awak. atau pun awak memang dah bersedia bila saya hilang nanti? dalam erti kata lain awak tak kisah? walau apa pun dalam fikiran awak. awak perlu tahu yang saya ikhlas dengan awak. tuhan akan balas setiap hasrat busuk dalam hati setiap manusia.

kita tunggu di kemudian hari. amin~

3 comments:

NatasyaBellamy said...

chill syg!!

nabilah said...

kuatkan semangat u darl..

Anonymous said...

tapi saya percaya,'AWAK' awak tu, tak seperti yg awak sangkakan...dia x sengaja seperti yg selalu awak lakukan kat dia..