14 Oct 2009

ini utk kau dj pekak.

disebabkan kau diam membisu. aku harus lakukan ini. supaya kau tahu bagaimana situation aku. ahh ! aku rasa ini tidak penting buat kau bukan? apa lah sangat nak dikirakan hubungan kawan yang belum sampai 2 bulan pun. tapi tapa lah. biar aku luahkan. akan lebih ringan hati ni. fyi, selama aku berkawan dengan kau. aku cukup selesa. tak rasa pun kau gedik ke. over ke. poyo ke. sebab ada certain2 lelaki dia suka cakap besar. kononnya dia hebat. tapi kau tak dan aku tahu kau bukan jenis itu. kau pun bukan jenis memaksa atau emosi tak tentu pasal. aku suka. cara kau bercakap. cara kau menaip dan apa2 jela. serius.

tapi. utk teruskan hubungan ini. aku rasa aku gagal. aku perlu beritahu kau apa yang aku rasa. aku tak mampu mahu menipu atau sorok apa2 dari kau. sebab aku tahu kau ikhlas. aku dah nampak. dan aku juga tak boleh menipu diri sendiri. jujur aku kata aku masih sayangkan 'R'. gila kan? sudah try untuk padam dia dari ingatan. tapi aku gagal. banyak yang indah dan aku kenal dia lebih dari aku kenal kau. bezanya dia milik orang. dan kau available. ;) maaf kalau ada ayat yang menyinggung kau. aku tahu kau sedang tersinggung. sebab tu kau diam membisu. kan? tak apa. aku faham. elok sakit sekarang. aku tak nak kau kecewa lagi. aku tak nak kau fikir semua perempuan sama. so, aku terus terang agar kau tak akan rasa ditipu lagi.

itu alasan lain. aku suka kau. tapi kita masih baru lagi kan. seperti kau tahu. aku serik nak bercinta lagi. takot nak couple lagi. cukup lah apa yang jadi kat aku beberapa hari sebelum puasa hari itu. itu sudah membuatkan aku lebih berfikir dan lebih teliti untuk sayang lelaki. bukan salah kau. aku yang salah. tapi dari awal lagi dah aku beritahu kan? yang aku masih belum bersedia utk relation yang lebih serius.

maafkan aku kalau aku sakiti hati kamu.

-bunguk-