24 Jan 2014

lelaki

hai.

barangkali aku hampir sudah melupuskan memori berkarya dalam blog since twitter dan instagram semakin popular. 
bila dah ada term tahi twitter dan selfie, jadinya blog makin hari makin berhabuk.
sesungguhnya, twitter dah jadi medan aku beremosi dalam 140 aksara dan instagram dah jadi lapangan aku berkongsi gambar selfie dan memori.


back to the topic di atas,
LELAKI ?
masih lagi mencari atau belum mahu mencari atau sudah letih mencari.
aku pun tak pasti.
yang aku pasti, aku letih.
letih bila nak kena kenal hati budi masing-masing
letih nak beramah mesra dgn keluarga keliling
letih nak tahu baik buruk masing-masing
letih nak pastikan yang dia mmg butuhkan hati kau
bukan haus dgn nafsu semata
letih nak pastikan yang dia seorang yg setia jujur dan JUJUR

kenapa aku highlight kan JUJUR ?
sebab aku kurang kenan dgn kaki penipu, kaki pusing
kenapa kau perlukan hubungan kalau masih belum mampu utk JUJUR ?
kenapa perlukan teman kalau masih ligat mencari perempuan utk bergesel ?
kenapa ?

barangkali,
bukan mudah utk berlaku jujur
atau
kau mudah rasa bosan kalau tumpu pada yg 1

jadinya,
macam mana nak bina mahligai cinta (dibaca: masjid / kahwin)
kalau masih belum mampu untuk semua itu ?

jujurnya,
kalau kau sayangkan seseorang
hati kau. mata kau. jantung kau.
semua dah tertutup utk yang lain walau utk setitik mainan hati.

term FLIRT ?
pernah dengar ''I nakal, tapi I saying you sorang je''
pernah ke terfikir apa yang diluahkan ni ?
pernah terfikir hati makwe yang menanggung.
mudahnya lelaki berkata-kata utk menagih kepercayaan dari kami.

mujur
aku mudah cair
aku mudah percaya
aku mudah terpedaya
atau
aku yang semakin dungu disebabkan lelaki ?

allahualam

bukan dungu, tapi aku sayang dan cinta
bukan dungu, tapi aku selesa
bukan dungu, sbb hati dah buta dgn si dia.

tak tahu kenapa masih bertahan dan tak tahu berlama akan bertahan.


sekian.

22 Jan 2014

2014

selamat tahun baru.

tahun baru, post pun baru.

maka, setahun 1 post saja la ye ?

sekian tq

12 Jan 2013

hey ho 2013

ohmaigod.

it's been a year since my last update.
too busy with my student life and business i guess ?
nahh. not that busy actually.
since laptop and broadband are not my goodfriend anymore.
i decided to ignore this blog thingy.

oh ya.
did i mention to you i'm doing business right now ?
i'm selling Adha Beauty Care at reasonable price you know ?
what is Adha Beauty Care ?
do follow my Instagram : dayanalia
and do search #dynalbeautyshoppe

anyhoos,
i miss throwing my words on this blog.

with love,
Amoy

22 Feb 2012

result for 1st semester

Alhamdulillah.

hati girang gembira bercampur sedih tambah kecewa.
gembira sebab dapat pointer 3.31
sedih kecewa sebab tak dapat Dean's List
kurang lagi 0.19 point je untuk DL tapi mungkin bukan rezeki sem ni.
study pun memain je last sem. but alhamdulillah, 3 above dah cukup buat aku bangga.

berkat doa mama, buah hati dan kawan2.
ini hadiah untuk korang.
next sem i'll work harder for DL.
PROMISE !

mama kata good beginning. keep it up.

imma happy girl !

14 Sept 2011

imma student dope !

hello followers and stalkers.

lama rasanya tak menghadap laptop, keluarkan madah pujangga dalam blog kesayangan ni. harap maklum sebab sebelum ni saya sibuk dengan urusan nak masuk UiTM dan urusan kerja yang tak habis-habis.

selepas 3 hari menjadi pelajar semula, baru la ada masa nak pegang keyboard and mouse ni. terus nak update blog yang hampir berhabuk ni kan ? terus-terang dekat sini, saya dah kena penyakit 'HOMESICK'. before this, tak pernah nak jauh dengan mama, buah hati dan kawan-kawan. bila dah jauh macam ni saya rindu semuanya. hari kedua kat sini dah menitik-nitik air mata. sekarang ni Alhamdullilah ok agaknya. harap berterusan lah kan ?

oh ye, saya student UiTM Shah Alam di bawah faculty science administrative and policy studies taking Bachelor of Corporate Admin (BCA). semua courses yang ada dalam course saya ni tak ada dalam DSK dulu. maknanya, saya kena start balik dari mula. kena belajar sungguh-sungguh. niat hati nak score baik punya. sebab bukan senang nak dapat UiTM kan ? doakan lah ye :)

skill post entry pun dah tak tajam macam dulu. ayat berterabur. maaf ye kalian kalau rasa serabut dengan post kali ni.

will update new story soon.

:)

20 Aug 2011

OMG

hello uolls.

it's been awhile kan ? lama sangat rasanya tak bermadah riang dalam blog tersayang ni. so bagi post kali ini, ada khabar gembira untuk kalian. samada kalian nak tahu atau tak mahu. aku tak kisah. sebab blog tersayang ni tempat aku berkongsi suka dan duka dengan followers, stalkers, haters dan lain-lain.

khabar berita yang aku nak bagitahu kalian, aku dapat offer sambung belajar di UiTM Shah Alam. Bachelor of Corporate Admin. Alhamdulillah. lepas juga hajat nak further study. nak ikutkan hati. aku memang dah tak sanggup nak kerja dekat tempat kerja sedia ada ni. bertahan pun sebab sang arjuna kekasih hati. penerang hati aku kalau stress dalam office tu.

so untuk kalian semua, cuba doakan yang terbaik untuk aku ye.

till then,

2 Aug 2011

salam ramadhan

hi kawan-kawan

rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan. sebagai manusia yang tak sempurna, seelok-eloknya kita luangkan lah masa untuk beribadah sebaiknya. sebab bulan-bulan biasa belum tentu kita beribadah kan ? so, elak-elak kan lah benda yang Allah s.w.t murka.

till then,
amoy

9 Jun 2011

girlfriends

you are my everything
love you girls.

7 Jun 2011

semua tentang sahabat

untuk sekian kalinya, aku menulis ini khas untuk sahabat-sahabat aku.

kalau yang pernah menjadi sahabat aku? apa benda pertama yang akan korang luahkan untuk describe aku?

annoying? bongkak? sombong? angkuh? berlagak? peramah? friendly? kelakar? which one?

yang pasti, salah satu pilihan jawapan mesti ada kan? tak aku nafikan yang aku ni kekadang annoying. aku tak perfect. tapi untuk sahabat yang mengenali luar dan dalam aku. mereka pasti tahu setiap alasan sebab dan musabab kalau aku marahkan seseorang. aku bukan kaki yang suka-hati-aku-lah-nak-marah siapa. bukan niat aku untuk benci sesiapa. tapi hati aku kecewa luka parah bila sahabat sendiri layan aku dengan pelbagai ragam. mana silap aku? mana yang tak kena dengan diri aku sampai sahabat sendiri membelakangkan aku? menipu aku? sorok something yang boleh dikatakan berita gembira dari aku? you said Dayana Alia is your BFF-bestfriend-forever. tapi kau? mungkin kau tak letakkan aku dalam list-list kawan penting kau. aku tak kisah tak kecil hati pun. tapi janganlah mula kecil or terasa hati kalau kalian semua kena serupa macam apa yang aku lalui. karma is everywhere. kalau kita ikhlas berkawan, kita tak akan pernah rasa kurang kawan atau tersisih. bila ikhlas, ramai yang akan suka berkawan dengan kita. it's fact. jangan berkawan untuk kepentingan sendiri. jangan cari kawan bila bosan melanda diri. itu bukan ikhlas namanya.

sesungguhnya, Allah swt itu Maha Adil dan Maha Memahami.
May Allah bless you, friends.

we are still friends. it's immortal.

till then.

kungfu panda 2


menangis sebab dah seminggu keluar cinema tapi aku still tak dapat tengok. asyik full memanjang. kata lah ramai yang minat cartoon lately ni? sekarang ni tengah dalam misi mencari teddy Kungfu Panda besar sebagai collection. kalau sesiapa yang ada info please please please beritahu aku ok?

*tidur pun mimpi si comel ni*
#patdd