hai.
barangkali aku hampir sudah melupuskan memori berkarya dalam blog since twitter dan instagram semakin popular.
bila dah ada term tahi twitter dan selfie, jadinya blog makin hari makin berhabuk.
sesungguhnya, twitter dah jadi medan aku beremosi dalam 140 aksara dan instagram dah jadi lapangan aku berkongsi gambar selfie dan memori.
back to the topic di atas,
LELAKI ?
masih lagi mencari atau belum mahu mencari atau sudah letih mencari.
aku pun tak pasti.
yang aku pasti, aku letih.
letih bila nak kena kenal hati budi masing-masing
letih nak beramah mesra dgn keluarga keliling
letih nak tahu baik buruk masing-masing
letih nak pastikan yang dia mmg butuhkan hati kau
bukan haus dgn nafsu semata
letih nak pastikan yang dia seorang yg setia jujur dan JUJUR
kenapa aku highlight kan JUJUR ?
sebab aku kurang kenan dgn kaki penipu, kaki pusing
kenapa kau perlukan hubungan kalau masih belum mampu utk JUJUR ?
kenapa perlukan teman kalau masih ligat mencari perempuan utk bergesel ?
kenapa ?
barangkali,
bukan mudah utk berlaku jujur
atau
kau mudah rasa bosan kalau tumpu pada yg 1
jadinya,
macam mana nak bina mahligai cinta (dibaca: masjid / kahwin)
kalau masih belum mampu untuk semua itu ?
jujurnya,
kalau kau sayangkan seseorang
hati kau. mata kau. jantung kau.
semua dah tertutup utk yang lain walau utk setitik mainan hati.
term FLIRT ?
pernah dengar ''I nakal, tapi I saying you sorang je''
pernah ke terfikir apa yang diluahkan ni ?
pernah terfikir hati makwe yang menanggung.
mudahnya lelaki berkata-kata utk menagih kepercayaan dari kami.
mujur
aku mudah cair
aku mudah percaya
aku mudah terpedaya
atau
aku yang semakin dungu disebabkan lelaki ?
allahualam
bukan dungu, tapi aku sayang dan cinta
bukan dungu, tapi aku selesa
bukan dungu, sbb hati dah buta dgn si dia.
tak tahu kenapa masih bertahan dan tak tahu berlama akan bertahan.
sekian.